Pengurus Koperasi Didakwa Pecah Amanah

SEREMBAN, 3 Julai 2019 — Seorang pengurus sebuah koperasi di sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Tertuduh, Fazilawati Abdul Rahman, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Diana Md Razali oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh selaku pengurus Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Bhd yang diamanahkan memegang kunci peti besi di bilik mesyuarat koperasi itu yang diserahkan pihak koperasi untuk tujuan menyimpan wang tunai RM143,000, dokumen mesyuarat agung tahunan dan dokumen surat perjanjian pinjaman anggota bagi tarikh 6 Ogos hingga 1 Okt 2016.

Dia didakwa melakukan pecah amanah dengan curangnya menghilangkan kunci peti besi yang diamanahkan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat koperasi berkenaan di sini pada 29 Okt 2015 hingga Januari 2017.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Akmal Mohamad Azri manakala tertuduh diwakili peguam Nazri Kassim.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

— BERNAMA

46 thoughts on “Pengurus Koperasi Didakwa Pecah Amanah

  1. Pingback: Phuket weed
  2. Pingback: superkaya88
  3. Pingback: tv sizes best
  4. Pingback: spin238
  5. Pingback: ปลูกผม
  6. Pingback: Biald Alrafidain
  7. Pingback: ยางยอย
  8. Pingback: mkx gummies 100mg
  9. Pingback: โคมไฟ
  10. Pingback: slot99
  11. Pingback: สีทนไฟ
  12. Pingback: รีเบต xm
  13. Pingback: mostbet apk
  14. Pingback: Mega Moolah
  15. Pingback: Dark168
  16. Pingback: developer website
  17. Pingback: 123bet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *