Kerajaan Berhasrat Wujudkan ‘Angkasa’ Kedua, Perkasakan Sektor Koperasi

KUALA LUMPUR, 29 Jun 2019 — Kerajaan berhasrat mewujudkan satu lagi badan menyamai Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bagi mencetuskan persaingan sihat selain memastikan aspek pengurusan dan pembangunan koperasi itu dapat dilaksanakan secara efektif.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata walaupun perkara itu masih dalam peringkat perbincangan, namun ini penting dalam usaha memperkasakan Angkasa serta sektor koperasi negara.

“Kita mengiktiraf Angkasa sebagai sebuah badan berkanun dan sedang mengkaji sama ada untuk mewujudkan badan berkanun kedua…kita nak wujudkan persaingan supaya ia (Angkasa) lebih efektif.

“Apa yang penting, kalau masyarakat koperasi mendokong, memahami wawasan yang kita mahu bawa selaras dengan wawasan kerajaan, maka kita akan terus membantu dan memperkasakan Angkasa,” katanya berucap merasmikian persidangan kebangsaan tahunan Angkasa ke-34 di sini, hari ini.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mohd Redzuan berkata menyedari potensi yang ada, kementerian itu berperanan mengejutkan koperasi untuk bangkit dan berani menerokai peluang yang disediakan oleh kerajaan.

“Kementerian kena ‘cucuk’ sikit supaya mereka dapat bangun, berlari lebih kencang dan berfikiran lebih meluas agar menerokai peluang-peluang yang kita wujudkan di peringkat nasional.

“Gerakan koperasi ini sebaliknya boleh dibangunkan menerusi kepimpinan yang baik supaya dapat meningkatkan perolehan selain membantu menggerakkan ekonomi,” katanya.

Malah, beliau turut melabelkan gerakan koperasi di negara ini sebagai ‘gergasi yang masih tidur’ apabila mencatat perolehan per kapita yang tidak memberangsangkan.

Menurutnya, statistik dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia setakat 31 Dis, 2018 menunjukkan perolehan sektor koperasi adalah kira-kira RM40.31 bilion setakat tahun lepas.

“Bagi saya, koperasi yang mempunyai seramai enam juta ahli itu adalah gergasi yang masih tidur pada hari ini sedangkan ia mendapat sokongan kerajaan dari segi dana dan pembiayaan,” katanya.

— BERNAMA

46 thoughts on “Kerajaan Berhasrat Wujudkan ‘Angkasa’ Kedua, Perkasakan Sektor Koperasi

  1. Pingback: Spadegaming
  2. Pingback: PG
  3. Pingback: spin 238
  4. Pingback: url
  5. Pingback: hookers near me
  6. Pingback: USA Gun Shops
  7. Pingback: gold rim chairs
  8. Pingback: proof
  9. Pingback: ufazeed
  10. Pingback: Medicine
  11. Pingback: Bobs SEO
  12. Pingback: cat888
  13. Pingback: web
  14. Pingback: website
  15. Pingback: lottorich28
  16. Pingback: pgslot
  17. Pingback: Mostbet
  18. Pingback: ufabet789
  19. Pingback: Las Vegas SEO Co
  20. Pingback: 7slots
  21. Pingback: สบาย168
  22. Pingback: boylesports app
  23. Pingback: play book of ra
  24. Pingback: kruger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *