Koperasi Tentera Umum Dividen 10 Peratus Kepada Ahli

SUNGAI BULOH, 30 Jun 2019 — Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) hari ini mengumumkan pulangan dividen sebanyak 10 peratus yang melibatkan pembayaran berjumlah RM145 juta kepada 154,620 ahlinya.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata pembayaran dividen itu diperoleh berdasarkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM184.33 juta hasil daripada pendapatan bersih operasi berjumlah RM313.5 juta bagi tahun kewangan 2018.

Beliau berkata Koperasi Tentera mempunyai rekod cemerlang dan konsisten termasuklah untuk tahun 2018 yang mempunyai prestasi kewangan koperasi kekal positif.

“Koperasi Tentera juga mengumumkan jumlah keuntungan sebanyak RM13.6 juta ke atas simpanan anggota bagi tahun 2018,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera ke-54 di Dewan PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, di sini.

Mohamad berkata walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi negara yang tidak memberangsangkan, Koperasi Tentera terbukti masih mampu memberikan pulangan yang tinggi secara konsisten.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Koperasi Tentera, Mej Jen (B) Datuk Zulkiflee Mazlan, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Affendi Buang.

Pada majlis itu, turut diperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian dan Aplikasi Perbankan Mudah Alih (KTOnline) yang dibangunkan dengan objektif memberi kemudahan kepada anggota yang berada jauh daripada cawangan atau bandar di samping menyediakan pengalaman lebih baik kepada semua anggotanya.

Pengenalan itu menjadikan Koperasi Tentera antara koperasi terawal memperkenalkan perkhidmatan tersebut seiring dengan pelan mengoptimumkan penggunaan teknologi digital dalam penyediaan perkhidmatan serta produk buat anggota dan pelanggannya.

Pada majlis itu juga Zulkiflee menyampaikan zakat perniagaan Koperasi Tentera berjumlah RM450,000 kepada Tabung Zakat Yayasan Veteran ATM.

— BERNAMA

49 thoughts on “Koperasi Tentera Umum Dividen 10 Peratus Kepada Ahli

  1. Pingback: Sboasia9
  2. Pingback: 웹툰 사이트
  3. Pingback: check that
  4. Pingback: situs toto 2024
  5. Pingback: Douceur Beauty
  6. төл сөздің тыныс белгісін анықта кеше кешке жолдасы, сөздің тура мағынасы ол менің үлкен балам третичная профилактика направлена на, виды медицинской профилактики father in finnish,
    sister in finnish кереметі ай мына жарық сәуленің, 1941 жыл ақпандатқан

  7. Pingback: dg casino
  8. салыстырмалы қателікті есептеудің
    қажеті не, өлшеу қателіктері ең қиын сұрақтар жауабымен титрлеу формуласы,
    титрлеу әдісі уикипедия жаңа жыл әрбір жанұяға, жаңа жыл әндері 2023

  9. мудрый совет для меня, о чем сейчас думает интересующий меня человек
    что сделать, чтобы приснился сон который
    хочешь, как увидеть сон подсказку накладки на пороги амулет
    все о привороте по фотографии как очистить квартиру от порчи святой водой

  10. медсестра айлыгы, медбикелердің еңбек демалысы менің өмірімдегі ғылымның маңызы, ғылымның міндеттері кәсіпкерліктің маңызды белгілері:
    , кәсіпкерлікте маңызды не
    андрей шин биография, андрей шин лайн википедия

  11. Pingback: online chat
  12. Pingback: Jaxx Liberty
  13. Pingback: ไก่ตัน
  14. Pingback: pgslot168
  15. Pingback: Med1ical
  16. Pingback: trovent
  17. Pingback: Read more
  18. Pingback: Aviation Tire
  19. Pingback: Aviator
  20. Pingback: lg96

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *