24,695 pelajar terima manfaat program akademik Empower ECER

KUANTAN, 28 Jan — Seramai 24,695 pelajar menerima manfaat daripada program latihan kemahiran akademik ‘empower ECER’, yang diinisiatifkan Majlis Pembangunan Wilayah
Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sejak 2018 hingga tahun lepas.

ECERDC menerusi kenyataan di sini hari ini memaklumkan, program yang bertujuan meningkatkan pencapaian akademik terutama dalam kalangan pelajar daripada keluarga
miskin di luar bandar dan Orang Asli itu, membuahkan hasil apabila 96 peratus daripada mereka lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 91 peratus pelajar berjaya meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi serta teknikal.

Menurut kenyataan itu, menerusi program latihan kemahiran dan keusahawanan ‘empower’ ECER pula, seramai 10,965 peserta berjaya dilatih serta 6,294 usahawan baharu diwujudkan
bagi tempoh yang sama, selain 5,667 peserta program peningkatan dan kemahiran semula PENJANA-ECERDC pada tahun lepas, berjaya mendapat pekerjaan.

“ECERDC komited untuk meningkatkan kemahiran rakyat, supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam ekonomi baharu terutamanya ke arah menarik pelabur bagi industri berteknologi tinggi dan bernilai tinggi dalam Industri 4.0 (I4.0).

“Pusat Kecemerlangan Asia untuk Teknologi Pintar (ACES) telah membuka laluan dengan menyediakan latihan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat di wilayah
ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu ACES juga telah mengorak langkah mendidik golongan belia negara ini menerusi program rintis aplikasi web ACES I4.0 pada tahun lepas, membabitkan 3,110
lepasan SPM dari wilayah pantai timur.

Program itu akan diteruskan pada tahun ini dengan 3,000 pelajar dari Johor melibatkan daerah Mersing, Segamat dan Kota Tinggi, selain mungkin diperkenalkan ke seluruh negara
bagi memberi peluang lebih ramai memperoleh manfaat tersebut.

Sumber: BERNAMA

49 thoughts on “24,695 pelajar terima manfaat program akademik Empower ECER

  1. Pingback: lsm99.review
  2. Pingback: aksara178
  3. Pingback: Weather in Latvia
  4. Pingback: auto body repair
  5. Pingback: fuck girl
  6. Pingback: link dultogel
  7. Pingback: lottoexit
  8. Pingback: happyluke
  9. Pingback: altogel
  10. Pingback: LavaComplex88
  11. Pingback: Pedalo
  12. Pingback: jinda888
  13. Pingback: lottorich28
  14. Pingback: gubet
  15. Pingback: 1xbet
  16. Pingback: endolift
  17. Pingback: ufa11k
  18. Pingback: โคมไฟ
  19. Pingback: magusa rus escort

Comments are closed.