Kerajaan Terengganu sedia 21,977 peluang kerja sejak 2018

KUALA TERENGGANU, 6 Jan — Kerajaan Terengganu menyediakan sebanyak 21,977 peluang pekerjaan sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata jumlah itu sekaligus berjaya melepasi sasaran menyediakan 20,000 peluang pekerjaan seperti yang dijanjikan PAS dalam manifesto parti itu.

“Angka ini (21,977 peluang pekerjaan) adalah data Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC) yang dikongsikan daripada Jabatan Tenaga Kerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Daripada jumlah itu, sebanyak 10,122 penempatan pekerjaan telah dibuat di Terengganu pada tahun 2019, diikuti 3,487 pekerjaan pada 2020 dan 8,368 pekerjaan sehingga Oktober lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri gagal mencapai sasaran manifesto tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata sehingga 10 Dis lepas, masih terdapat 8,917 kekosongan
jawatan aktif di Terengganu yang boleh diisi oleh rakyat di negeri ini.

“Ini semua adalah hasil usaha serius semua pihak terutama THRDC yang bekerjasama erat dengan agensi kerajaan Persekutuan seperti Perkeso dan Jabatan Perangkaan Negara untuk berkongsi data yang lebih terperinci dan bersasar dalam mengatasi masalah pengangguran.

“Walaupun pasaran buruh merosot teruk akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, kadar pengangguran di negeri ini masih terkawal pada kadar 4.1 peratus pada 2020 dan antara 3.7 peratus hingga 4.4 peratus pada suku pertama hingga suku ketiga tahun 2021,” katanya.

Sumber: BERNAMA

43 thoughts on “Kerajaan Terengganu sedia 21,977 peluang kerja sejak 2018

  1. Pingback: Bangla Muay Thai
  2. Pingback: read more
  3. Pingback: แทง ROV
  4. Pingback: casino
  5. Pingback: tải 789club
  6. Pingback: Project Mancave
  7. Pingback: eft hack
  8. Pingback: fuck
  9. Pingback: https://vhnbio.com
  10. Pingback: massage near me
  11. Pingback: funnyvideos
  12. Pingback: ป้าย Tag
  13. Pingback: more helpful hints
  14. Pingback: altogel
  15. Pingback: Cannabis
  16. Pingback: victoria789
  17. Pingback: BAU in Diyala
  18. Pingback: altogel
  19. Pingback: 123bet login

Comments are closed.