KUALA LUMPUR, 4 Dis — Prasarana Malaysia Berhad menerusi bahagian modal insan sedang merangka program untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Timbalan Ketua Pegawai Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana Ra[zah Amran berkata langkah itu bagi menyokong dasar satu peratus peluang pekerjaan OKU yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.
“Kami (Prasarana) akan meneliti jawatan yang bersesuaian sama ada secara separuh masa, sepenuh masa, jangka pendek dan jangka panjang dan akan menyediakan latihan dan perkhidmatan sokongan,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari OKU Sedunia
2021 peringkat Prasarana di Stesen LRT Bangsar di sini hari ini.
Rafizah berkata Prasarana akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan OKU dan badan berkanun lain bagi menjayakan matlamat itu yang dijangka dihebahkan seawal suku pertama 2022.
Sementara itu, Ahli Dewan Negara mewakili OKU yang juga Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang turut hadir pada majlis tersebut merakamkan penghargaan atas inisiatif Prasarana untuk mengambil warga OKU sebagai pekerja.
“Keadaan (pasca pandemik COVID-19) masih sukar. Bagus jika (Prasarana) beri peluang kepada sahabat OKU untuk bekerja,” katanya yang turut mencadangkan supaya Prasarana mencontohi perkhidmatan pengangkutan awam di kota London yang berasaskan hidraulik.
Sempena sambutan Hari OKU Sedunia 2021 yang disambut semalam, Prasarana memberikan tambang percuma kepada penumpang OKU dan seorang pengiring bagi perkhidmatan LRT, MRT, monorel dan BRT bermula hari ini hingga 12 Dis.
Ra[zah berkata untuk menikmati tambang percuma itu warga OKU cuma perlu ke kaunter perhidmatan pelanggan di stesen-stesen rel Prasarana dan menunjukkan kad OKU masingmasing.
“Mereka (warga OKU) akan diberikan token perjalanan tanpa had yang boleh digunakan sepanjang hari di semua mod rel Prasarana melibatkan 155 stesen. Pengiring pula perlu tunjukkan kad pengenalan atau kad tentera untuk identi[kasi,” katanya.
Beliau berkata inisiatif tambang percuma itu juga bertujuan menggalakkan warga OKU untuk berkunjung ke pameran 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang akan berlangsung dari 9 Dis hingga 12 Dis.
Sumber: BERNAMA
49 thoughts on “Prasarana rangka program untuk tawar peluang pekerjaan kepada OKU”
Comments are closed.