IR 4.0: Graduan Kolej Komuniti disaran berkhidmat di luar bandar, ceburi keusahawanan

IPOH, 13 Nov — Para graduan Kolej Komuniti disaran supaya berkhidmat kepada masyarakat di luar bandar dan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan bagi menghadapi dunia yang berada di ambang Revolusi Industri 4.0.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata revolusi itu adalah industri inovasi dan penyesuaian masyarakat terhadap teknologi baharu keranakehidupan masa ini dan akan datang bakal dipacu oleh teknologi robotik dan kecerdasan buatan (AI).

“Oleh yang demikian, semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini termasuklah Kolej Komuniti haruslah sama-sama mengambil peluang untuk menambah baikserta memberi nilai tambah dalam setiap kursus yang ditawarkan kepada pelajar bagi memenuhi kehendak pasaran yang dijangka bermula pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rakaman ucapan perasmian pada Majlis Konvokesyen Virtual Kolej Komuniti Negeri Perak Tahun 2021 di sini hari ini.

Saarani berkata pengukuhan program akademik Pemerkasaan Sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) adalah langkah yang dilihat amat wajarkerana akan membantu negara dalam membentuk modal insan ke arah pembentukan teknologi baharu agar para graduan mampu menangani cabaran RevolusiIndustri 4.0 pada masa akan datang.

Justeru, katanya para graduan diharapkan tidak hanya memfokuskan pencarian peluang kerja di bandar-bandar besar semata-mata berikutan pendapat dan idea-ideabaharu daripada generasi muda dalam peningkatan kualiti negara dalam tempoh 30 tahun akan datang adalah amat penting dalam mencorakkan kemajuan negara.

“Idea-idea baharu anak muda inilah yang bakal menjadi tonggak bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat kelak.

“Saya yakin dan percaya bahawa graduan sekalian telah diterapkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran kepimpinan, komunikasi dan pengurusan yang diperlukanbagi membangunkan modal insan masyarakat dan komuniti setempat,” katanya.

Sumber: BERNAMA