KUALA LUMPUR, 13 Nov 2019 — Tiada keperluan untuk menaikkan usia persaraan daripada 60 kepada 65 tahun buat masa ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Keputusan itu ditegaskan sekali lagi oleh Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran yang memaklumkan bahawa ia berdasarkan akta pekerjaan iaitu mereka yang telah bersara boleh meneruskan pekerjaan mereka mengikut tawaran oleh majikan.
“Berdasarkan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 yang dikuatkuasakan pada 2013 ke atas semua majikan sektor swasta di Malaysia menyatakan, bahawa umur persaraan minimum seseorang pekerja adalah apabila mencapai umur 60 tahun.
“Bagaimanapun, seseorang pekerja itu boleh terus bekerja walaupun telah melebihi 60 tahun dan ia bergantung kepada tawaran kerja oleh majikan.
“Oleh itu tiada keperluan pada masa ini untuk meningkatkan umur persaraan kepada 65 tahun, itu pandangan kerajaan pada masa sekarang,” katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) yang meminta penjelasan adakah kerajaan akan menaikkan umur persaraan kepada 65 tahun pada masa akan datang yang mana langkah itu tidak optimum kepada kualiti dan perbelanjaan pengurusan.
Sebelum ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan agar kerajaan meningkatkan had usia persaraan daripada 60 tahun sekarang kepada 65 tahun.
September lepas, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar pada majlis sambutan Jubli Intan Institut Perkhidmatan Awam Negara (INTAN) ke-60 berkata kerajaan tidak berhasrat untuk melanjutkan had umur persaraan penjawat awam daripada usia 60 tahun ketika ini kepada 65 tahun.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini juga menyatakan tiada keperluan bagi had usia persaraan sedia ada dilanjutkan kepada 65 tahun.
Sementara itu, menjawab soalan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) mengenai persediaan kerajaan mengatasi tambahan pengangguran yang bakal berlaku dan apa tindakan kerajaan untuk mengatasi Revolusi Industri 4.0, Kula Segaran berkata kementerian telah mengambil beberapa langkah perlu.
Antaranya melalui penubuhan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kemahiran dan Bakat yang mana Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan telah diberi peranan sebagai pengerusi bersama.
Jawatankuasa di bawah Industry4WRD yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu bagi memperkukuh kompetensi sumber manusia dalam mengenal pasti pekerjaan yang bersesuaian dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 melalui jabatan dan agensi di bawahnya.
“Ia juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak industri bersama jabatan/agensi terlibat bagi memberi gambaran jelas berkaitan Revolusi Industri 4.0.
“Maklumat hasil perkongsian daripada sesi ini akan seterusnya digunakan untuk mengkaji dan meneliti keperluan tenaga kerja bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0 seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan baharu,” katanya.
— BERNAMA
Wow, marvelous blog structure! How lengthy have you ever
been running a blog for? you make blogging look easy.
The total glance of your web site is wonderful, let alone the content!
You can see similar here najlepszy sklep
excellent publish, vvery informative. I’m wondewring whyy thee other expert of thiks sectr ddo nott notice
this. Youu should proceed yourr writing. I am confident, you hav a
huige readers’ base already!
No FFL Guns For Sale
If you are looking for where to Buy No FFL Guns online then you are at the right place. Our Store is packed with variety of firearms from the best Gun manufactures. This guns are coupled from ghost gun kits also known as ghost guns for sale, once you place your order we shall process and ship your package then provide you with a valid tracking number so you can track your order and know when exactly your package will be delivered at your doorstep or any address of your choice. In the United States, there are currently 12 states that you can buy guns for sale No FFLdo not require a background check for private sales of firearms. These states include Alaska, Arizona, Arkansas, Delaware, Louisiana, Maine, Massachusetts, Mississippi, Montana, New Mexico, Vermont, and also Wyoming.
https://ghostgunmarket.com/
Ghost Gun Market
glock30s
black lotus coalition
flashlightcom bo
premium power shok
springfield ammo
220-swift-reloa
golden bag with chain
beretta 80x cheetah
glock17 for sale
glock25 for sale
glock26 for sale