KUALA LUMPUR, 16 Okt: Peruntukan undang-undang pekerjaan menerusi Akta 265 (Akta Kerja 1955) berhubung larangan diskriminasi dalam pekerjaan sedang disemak semula, menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Datuk Mahfuz Omar, berkata cadangan pindaan itu merangkumi diskriminasi berasaskan jantina, agama, bangsa, ketidakupayaan, status perkahwinan, bahasa, kehamilan dan bahasa, juga membabitkan terma dan syarat pekerjaan dalam suatu kontrak perkhidmatan.
Beliau juga memberitahu Dewan Rakyat hari ini, bahawa kementeriannya bagaimanapun tidak bercadang mahu memperuntukkan perlindungan kepada pemohon kerja menerusi pindaan Akta Kerja 1955 berkenaan kelak.
“Dalam usaha memastikan kehamornian masyarakat industri, kementerian menggesa agar tiada amalan diskriminasi di tempat kerja dalam apa jua bentuk termasuk dari permualan pemilihan calon pekerja, pemberian tugas, kenaikan gaji, pemberian bonus dan sebagainya,” katanya.
Mahfuz yang dipetik ketika menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) berhubung usaha kerajaan bagi melindungi pemohon kerja daripada didiskriminasi, juga menjelaskan tiada sebarang undang-undang membolehkan majikan untuk tidak menggaji wanita hamil bekerja.
49 thoughts on “Undang-Undang Larangan Diskriminasi Pekerja Disemak Semula – Mahfuz”