Koperasi Srikandi Jaya Berhad Bakal Dilancarkan Tahun Ini – Rina

BEAUFORT, 25 Ogos 2019 — Koperasi Srikandi Jaya Berhad akan dilancarkan tahun ini sebagai inisiatif untuk membantu usahawan dalam kalangan srikandi di negara ini, kata Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Mohd Harun hari ini.

Beliau berkata koperasi itu dijangka dilaksanakan Oktober ini, kini menanti kelulusan sijil pendaftaran daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

“Koperasi ini akan menjadi medium untuk membantu srikandi yang mempunyai produk yang boleh diketengahkan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan program ramah mesra dan sesi lawatan di peringkat zon tiga di Dewan Datuk Seri Mohd Dun Banir, di sini.

Turut hadir Ahli Parlimen Beaufort merangkap Ketua Srikandi Bersatu Sabah Datuk Azizah Mohd Dun.

Rina yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata kementerian turut mengadakan perbincangan bersama Malaysia Airport Berhad untuk meletakkan produk usahawan khususnya dari luar bandar di enam buah lapangan terbang antarabangsa di negara ini.

Beliau berkata program keusahawan perlu dipertingkatkan dalam kalangan ahli srikandi selain dapat membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan.

Pada majlis itu, Rina turut menerima sebanyak 135 borang keahlian Srikandi Bersatu zon tiga meliputi daerah Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang.

Terdahulu, Rina mengadakan lawatan dan penyerahan simbolik kunci rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Muhibbah di sini.

— BERNAMA

2 thoughts on “Koperasi Srikandi Jaya Berhad Bakal Dilancarkan Tahun Ini – Rina

  1. Can I simply say what a reduction to find someone who actually is aware of what theyre talking about on the internet. You definitely know tips on how to bring an issue to light and make it important. More folks need to learn this and understand this aspect of the story. I cant consider youre not more in style because you definitely have the gift.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *