60 Mahasiswa Anak Negeri Sembilan Terima Bantuan Sara Hidup

SEREMBAN, 28 Mac 2019 — Seramai 60 mahasiswa anak Negeri Sembilan yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan politeknik, hari ini menerima ‘Bantuan Sara Hidup Mahasiswa B40’, selama setahun.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata bantuan sebanyak RM100 setiap bulan itu diberikan kepada mahasiswa dari keluarga yang berpendapatan kurang dari RM3,930.

Katanya berikutan laporan media sebelum ini yang melaporkan mengenai keluh kesah dan kesusahan dialami mahasiswa, justeru kerajaan negeri melihat terdapatnya keperluan untuk memberikan bantuan demi memastikan mahasiswa anak-anak Negeri Sembilan di universiti benar-benar terbela.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Categories